*******SALAM RAMADHAN*******

Ogos 27, 2009

..................hati ibu dan ayah..................

Tanpa ku sedari hari berlalu
Namun hatiku gundah kian bertalu
Mengapa ini yang harus dijalani
Disaat aku tiada disisi
Katabahan dan kesabaran melewati
Hati ibu dan ayah tiada yang mengerti
Mengikut nafsu dan jiwa remaja
Sehingga tercalarnya maruah keluarga
Tiada salah didikan mereka
Hanya kita yang tiada guna
Melukakan hati mereka tiada terhingga
Sampai terguris tiada daya
Sudah dilahirkan menambah derita
Hanya padaMu mereka meminta
Semoga berlakunya perubahan segala
Sampai bila harus merana
Dengan tingkah laku kita yang menyeksa
Mengertilah keperitan mereka
Terus-terusan mencipta bala
Sudah!!! hentikan semuanya
Berilah peluang mereka berbangga
Akan kita yang kian lama menyeksa
Sesak nafas mereka mendidik kita
Dari kecil hingga dewasa
Kembalilah anak-anak kejalan Syurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan